Tuesday, August 28, 2018

KEMAHIRAN INTERPERSONAL DALAM PENYESUAIAN SOSIAL

KEMAHIRAN BELAJAR GKB1053

KEMAHIRAN INTERPERSONAL



Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner, 1993), kemahiran interpersonal merupakan suatu keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.

  • Dalam erti kata lain, kemahiran interpersonal memerlukan pertuturan atau percakapan secara dua hala di mana terdapat proses perkongsian maklumat antara dua individu yang terlibat.
  • Selain itu, individu yang mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi  amat berminat untuk menyoal kepada orang lain bagi mendapatkan penerangan dan penjelasan mengenai sesuatu perkara yang berkait rapat tentang dirinya dan orang lain.Individu ini juga akan mempunyai kemahiran menyampaikan maklumat yang berguna dan berkesan supaya dapat menyampaikannya kepada orang lain.
  • Contoh-contoh kemahiran interpersonal:
  1. Keupayaan menerima perasaan dan idea          
  2. Bertanya soalan
  3. Menyampaikan maklumat dan petunjuk
  4. Kemahiran komunikasi
  • Tujuan mempelajari kemahiran interpersonal khususnya kepada guru dan pelajar:
  1. Melengkapkan guru dengan teknik-teknik komunikasi supaya guru dapat memainkan peranan yang aktif dalam kehidupan pelajar
  2. Memudahkan urusan guru yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran dan sosial
  3. Membantu guru menjadi seorang pemudah cara yang berkemahiran dalam membantu pelajar
  4. Membantu guru memperoleh kuasa memujuk atau mempengaruhi bagi mendorong perubahan tingkah laku negatif dalam kalangan pelajar
  5. Membantu guru menggunakan pendekatan mesra pelajar melalui kemahiran interpersonal yang bersesuaian
  6. Membantu guru mewujudkan hubungan yang berkesan bersama pelajar
  7. Membantu guru untuk membina segala kebolehan yang ada pada diri pelajar walaupun pada kadar minimum
  8. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas lebih menarik dan seronok
  • kemahiran interpersonal sangat penting terutamanya sewaktu dalam proses pengajaran di kelas, antaranya ialah:
  1. Melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar
  2. Membantu guru menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai
  3. Meningkatkan kepekaan dan keprihatinan guru dengan keperluan kemanusiaan pelajar
  4. Memudahkan guru bagi mewujudkan suasana persekolahan yang lebih harmoni


PENDEKATAN INDIVIDU DALAM KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Pendekatan individu dalam kemahiran interpersonal berlaku semasa interaksi antara guru dan pelajar. Antara kemahiran interpersonal yang ditunjukkan adalah kemahiran melayan, kemahiran mendengar, kemahiran komunikasi secara lisan dan kemahiran komunikasi tanpa lisan.

Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru bagi mewujudkan hubungan yang berkesan bersama pelajar-pelajar di kelas. Antaranya adalah:
  • PRIHATIN
  • MESRA
  • IKHLAS
  • AMBIL BERAT
  • MENERIMA
  1. KEMAHIRAN MELAYAN
  • Memberi perhatian dan fokus sepenuhnya kepada orang yang dilayan
  • Peka pada mesej tingkah laku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh pelajar
  • Mempunyai kekuatan atau tahap tenaga yang mencukupi sewaktu berinteraksi bersama pelajar
  • Kontak mata guru semasa berkomunikasi bersama pelajar 
     2. KEMAHIRAN MENDENGAR
  • Berupaya untuk memahami mesej-mesej yang disampaikan oleh pelajar secara lisan
  • Mendengar secara aktif seperti mentafsir maklumat yang disampaikan, membuat penilaian terhadap mesej yang disampaikan dan memberi maklum balas yang berpatutan kepada maklumat itu  
     3. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA LISAN
  • Kemahiran berkomunikasi secara lisan bermaksud kemahiran-kemahiran lisan yang merangkumi enam teknik seperti teknik empati, penyoalan, konfrontasi, refleksi, interprestasi dan merumus.
  • Tujuan kemahiran berkomunikasi secara lisan:
  1. Membantu guru menggunakan teknik komunikasi yang berkesan semasa berinteraksi bersama pelajar
  2. Memberi kesan positif kepada proses pertukaran maklumat antara mereka 

      4. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI TANPA LISAN
  • Kemahiran berkomunikasi tanpa lisan lebih kepada penglibatan gerak badan dan penumpuan penutur kepada pendengarnya
  • Dalam kelas, guru boleh mengawal kelas tanpa lisan dengan hanya menggunakan "eye contact" sahaja
  • Tubuh badan perlu menghadap guru
  • Contoh kemahiran berkomunikasi tanpa lisan adalah seperti renungan mata, senyuman, ekspresi muka, perubahan air muka dan pergerakan tubuh badan



Disediakan oleh Nurul Atihra bt Muhamad dan Anis Hamizah bt Alias dari kumpulan PPISMP E1 Ambilan Jun 2018.

Image result for kaedah mengajar dan kemahiran interpersonal guru


Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua pembaca.Sekian, terima kasih.